Bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Untuk Pelajar B40

Kerajaan akan melaksanakan Peranti Siswa Keluarga Malaysia sediakan tablet untuk semua pelajar B40 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi babitkan perbelanjaan RM450 juta. Anda juga boleh mohon bantuan pelajar.

Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.

Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan

Dalam pembentangan bajet ini, Tengku Zafrul memaklumkan

“Mahasiswa golongan B40 diberikan tablet sebagai insiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. ” – Menteri Kewangan

“600,000 mahasiswa di seluruh negara akan menerima manfaat inisiatif peranti siswa keluarga Malaysia iaitu sebuah tablet bagi setiap pelajar golongan B40 di IPT”- Tengku Zafrul

Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Bajet 2022  ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman Bantuan Awal Persekolahan RM150 ini dapat membantu memulihkan kembali enonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih