Terkini ! Kerajaan Mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM 150 Untuk Semua Pelajar

Selain BKM , Kerajaan mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan diperkenalkan dengan  nilai RM 150 berbanding RM 100 sebelum ini.

Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.

Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan

Dalam pembentangan bajet ini, Tengku Zafrul memaklumkan

“Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak Rm150 Yang Memberi Manfaat Kepada 3 Juta Pelajar ”

Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Bajet 2022  ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman Bantuan Awal Persekolahan RM150 ini dapat membantu memulihkan kembali enonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19.

Baca juga : Bantuan Sebanyak RM 2000 Untuk Semua Rakyat Malaysia – Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih