Bantuan Sara Hidup Bulanan RM250 Bagi Seisi Keluaraga. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Sara Hidup
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup.
Kadar bayaran elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RM250.00 bagi setiap nelayan darat tulen yang layak
Kelayakan
- Memiliki MyKad (Biru)
- Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
- Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan
- Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja
- Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
- Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
- Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
- Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
- Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
- Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
- Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Cara Mohon
- Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran
- Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan/Pembaharuan Elaun Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
- Salinan MyKad
- Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
- Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
- Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
- Gambar pemohon
- Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN)
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Berikut Senarai Penuh Penerima Yang Layak Bantuan STR Fasa 4 – Semak Disini
- Kini Dibuka : Bantuan Kanak Kanak Sehingga RM1000 Untuk Seisi Keluarga
- Bantuan Baucar Beli-Belah RM150 Untuk Golongan Yang Layak – Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021