bsh bantuan sara hidup 2019
in

BANTUAN SARA HIDUP 2019 – Borang Online (BSH)

BANTUAN SARA HIDUP 2019 / BSH 2019 Borang Online Untuk Diisi Oleh Mereka Yang Berminat Dan Berkelayakkan.

Kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini adalah berita baik buat anda. Kerajaan baharu iaitu dibawah laungan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa bantuan bagi golongan berpendapatan rendah dan layak akan diteruskan.

Namun begitu, BR1M akan digantikan dengan nama baharu iaitu, Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Disini akan dikongsi kan cara – cara untuk membuat semakan BSH secara atas talian iaitu bagi status permohonan dan rayuan melalui laman web MyBSH.

Motif.my berpendapat bahawa kerajaan baharu sangat menitikberatkan kesejahteraan rakyat agar terpelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pada masa kini.

Oleh itu, hanya sejumlah 4.1 Juta penerima sahaja akan menerima bayaran BSH bagi tahun 2019. Bagi Fasa 1 anggaran peruntukkan adalah sebanyak 1.2 bilion yang mula dibayar pada 28 Januari 2019.

Untuk makluman, jumlah BSH dan kategori penerima BSH telah di susun semula dan hanya terbahagi 3 kategori suri rumah berpendapatan sehingga RM4,000.

Semakan BSH 2019 secara Atas Talian

Walaupun BR1M telah diubah menjadi Bantuan Sara Hidup, pemohon masih boleh membuat semakan status permohonan dan juga membuat rayuan serta kemaskini maklumat melalui laman web di pautan https://bsh.hasil.gov.my/.

Cara Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Secara Atas Talian :-

  1. Masukkan no kad pengenalan (MyKad) 12 digit
  2. Klik “SEMAK”
  3. Mohon No. TAC – No TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda semasa mendaftar BR1M 2018

** No TAC sah digunakan selama 6 jam sahaja. Setelah 6jam, anda perlu mohon semula No. TAC

  1. Masukkan No. TAC dan klik “HANTAR”
  2. Selain daripada anda dapat menyemak status, anda juga dapat mencetak borang dan membaca Peti Mel.

Cara Menukar atau Mendaftar No. Telefon Bimbit Bagi Tujuan No. TAC :-

  1. Jika anda merupakan penerima Bantuan Sara Hidup bagi bayarab Fasa Pertama, anda harus menghadirkan diri ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi mengemaskini Borang Kemaskini Nombor Telefon atau anda boleh mengemaskini Nombor Telefon semasa membuat kemaskini Bantuan Sara Hidup mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. 
  2. Jika anda bukan penerima Bantuan Sara Hidup bagi Fasa Pertama, anda perlu membuat permohonan baharu dan daftarkan Nombor Telefon Bimbit mulai 1 Februari 2019 dan berakhir 15 Mac 2019.

Berikut adalah beberapa soalan Lazim mengenai Bantuan Sara Hidup 2019

  1. Semakan status menunjukkan “Tiada Rekod” kerana anda tidak pernah mendaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup atau anda layak/tersenarai bagi menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019. Anda boleh membuat permohonan mulai 1 Februari hingga 15 Mac 2019. 
  2. Semasa saya memasukkan No. TAC dan paparan menunjukkan “TAC Tidak Sah, TAC yang dimasukkan tidak sah. Sila Cuba semula” Apa yang perlu saya buat? 
    • Anda perlu memastikan No. TAC yang anda masukkan adalah tepat dan masih belum melepasi 6 jam daripada mesej yang diterima 
  3. “Dalam Proses Bayaran” bermaksud pembayaran Fasa Pertama 2019 masih dalam Proses Pengkreditan ke akaun anda mulai 28 Januari 2019

Untuk soalan lazim yang lain sila muat turun di sini 👉🏽 SOALAN LAZIM BANTUAN SARA HIDUP 2019

SYARAT LAYAK MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP 2019

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja (Warganegara Malaysia yang tinggal diluar tidak boleh memohon)
  2. Lelaki atau wanita yang merupakan ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan kepada pemohon haruslah Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia tetapi mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid) boleh memohon
  5. Hubungan anak mestilah
  6.  a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
  7.  b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja dan
  8. c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
  9. d) 18 tahun dan ke bawah atau
  10. e) 19 tahun dan ke atas yang Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP 2019

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara yang tidak memiliki pengenalan Malaysia/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian

Liabiliti Terhad

Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat

  1. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-

– Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
– Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
– Motosikal yang melebihi 500cc

  1. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000 

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2019

Pembayaran duit Bantuan Sara Hidup 2019 sila rujuk 👉🏽 Tarikh Duit BSH 2019

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH)

Bujang yang berpendapatan RM2000 dan kebawah

  1. RM450 – 26 Februari 2018 – Sekaligus

Isi Rumah yang berpendapatan RM 3001 hingga RM 4000

  1. RM300 – 26 Februari 2018 – Fasa 1
  2. RM 300 – 6 Jun 2018 – Fasa 2
  3. RM 300 – 15 Ogos 2018 – Fasa 3

Isi Rumah yang berpendapatan RM 3000 dan kebawah

  1. RM400 – 26 Februari 2018 – Fasa 1
  2. RM 400 – 6 Jun 2018 – Fasa 2
  3. RM 400 – 15 Ogos 2018 – Fasa 3 

MAKLUMAT LANJUT BSH 2019 / BANTUAN SARA HIDUP 2019

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat samada berkaitan semakan mahupun pertanyaan lain, anda boleh menghubungi :

Sekretariat BSH (Bantuan Sara Hidup)
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Presint 2, 65292 Putrajaya

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM: 1-800-88-2747

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Hotline MOF: 03-8882 4565, 03-8882 4566
Faks MOF: 03-8882 3933

Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Pemohon dan penerima yang ingin mengetahui maklumat yang lebih terperinci mengenai Bantuan Sara Hidup sila layari Laman Web Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat di https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RUMAWIP - Permohonan Online 2019

RUMAWIP – Permohonan Online 2019

Anak Lahir Waktu Pagi Atau Malam.. Ketahui Peribadi Anak Berdasarkan Waktu Lahir