Alhamdulillah , Bantuan Tambahan BKM B40 Akan Diberikan Jika – PM. Kebelakanga ini ramai yang mengeluh kerana kos sara hidup semakin meningkat terutamanya dikalangan penduduk bandar. kebanyakan barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur semakin mahal di pasaran.
Walaupun BKM Fasa 2 baru disalurkan, namun ianya tidak dapat membantu menurunkan kos sara hidup rakyat Malaysia
Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan membolehkannya disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.
“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.
Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Untuk makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 3
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah anak 0: RM200
- Jumlah anak 1-2: RM300
- Jumlah anak lebih 3: RM400
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 0: RM100
- Jumlah anak 1-2: RM100
- Jumlah anak lebih 3: RM100
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah anak 0: RM500
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM700
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 0: RM40
- Jumlah anak 1-2: RM400
- Jumlah anak lebih 3: RM400
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah anak 1-2: RM800
– Jumlah anak lebih 3: RM900
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM600
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Tarikh Pembayaran
Untuk BKM Fasa 3, pembayarannya akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi secara tepat masih belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pembayarannya pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lanjut berkenaan BKM dan semakan kelulusan, ia boleh dibuat di portal rasmi BKM – DI SINI.
Baca juga : Cara Membuat Rayuan BKM 2022
Mohon juga : Bantuan Suri Rumah Dan Ibu Tunggal RM 480 B40
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021