Bantuan Tambahan RM800 Untuk Semua Pekebun Kecil. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Dimaklumkan bahawa bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah ditambah kepada RM800. Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.
Bantuan Tambahan RM800 Untuk Semua Pekebun Kecil
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.
Pemberian bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM256 juta yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil di Seluruh Malaysia.
BMT adalah bantuan disalurkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatan mereka terjejas akibat musim tengkujuh yang melanda negara.
Petani getah kecil ialah pengusaha pekebun kecil yang memiliki tanah, mengurus dan/atau mengusahakannya sendiri, manakala penoreh bukan pemilik ialah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama mereka dan tidak memiliki tanah ladang getah.
Syarat Kelayakan
Bagi mendapatkan bantuan ini, terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi seperti berikut:
Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
Semakan Kelulusan BMT
Pembayaran akan dibuat secara electronic fund transfer (eft) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Tatacara semakan status permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah yang telah diteteapkan:
- Layari laman web eBMT iaitu https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.
- Isi no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Status permohonan dipaparkan.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Terkini : Cara Semakan Dan Jumalah Dividen Tahunan KWSP 2022
- Rasmi : Senarai Bantuan Berkenaan KWSP Pada Tahun 2023
- Pengeluaran Wang Khas Melalui e-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mengikut Syarat
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021