Bantuan Tunai Kerajaan RM150-RM1000 Sebulan Akan Dikreditkan Kategori Yang Berkelayakan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan RM150-RM1000 Sebulan
bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Tujuan Bantuan
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya. - Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Syarat-syarat Kelayakan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
tamat menengah atas;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Memohon Bantuan
Untuk maklumat, seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan – bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
Bagi info yang lebih teliti mengenai perkara diatas tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan Kewangan RM8000 Disalurkan Untuk Golongan B40 Yang layak
- Tarikh Bayaran Telah Diumumkan Bagi Bantuan Kredit e-Tunai RM100 – Semak Disini
- Cara Semak & Mohon : Bantuan MYKAD RM100 Dikreditkan Setiap Bulan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021