Bantuan Tunai RM800 Akan Mula Dikreditkan Untuk Fasa Pertama. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan RM800
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 (selama 4 bulan).
Syarat Kelayakan
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi bantuan musim tengkujuh RM800 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada golongan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Satu lot hanya untuk 1 penerima sahaja
- Mempunyai jumlah keluasan tanah antara 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
Nota : Semua pembayaran saluran BT 2023 dikreditkan secara pemindahan dana elektronik (EFT) ke dalam akaun penerima yang layak. Program insentif khas ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Semakan Kelulusan BMT RISDA 2023
Untuk makluman anda, permohonan ini telah pun ditutup pada 15 September 2023. Sebarang semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari – DI SINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Senarai Mereka Yang Layak Menerima RM900 & RM1200 Bayaran STR Fasa 4 – Semak Disini
- Kini Dibenarkan! Pengeluaran Penuh KWSP Melaui Akaun 1 & 2 Secara Online
- Bantuan MYKAD RM100 Disalurkan Setiap Bulan – Ini Cara Semak & Mohon
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021