Banyakkan Sabar & Bersyukur Anak Tak Duduk Diam. Makin Dia Lasak, Makin Bijak!

Usah marah jika anak sangat lasak tetapi banyakkan bersabar. Ibu bapa patut bersyukur kerana anak yang lasak itu la tandanya bahawa tumbesaran minda, deria dan emosi anak sihat dan sedang dalam tumbesaran.

Makin lasak, makin bijak la anak. Jika anak tak lasak, hah! masa tu kita patut risau dna marah.

1) Bila anak tidak aktif, tidak melompat, tidak berguling, asyik duduk sahaja sebab mengadap telepon pintar itu adalah sangat bahaya. Deria penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh terjejas dan terbantut perkembangannya malah ada yang merana sakit serta mengalami banyal masalah pad pertuturan dan penghilatan.

2) Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja, dari umur 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tidak aktif masa kecil maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding dengan anak-anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama ni.

3) Otak emosi ( amygdala ) adalah otak pertama yang anak ada. Mereka masih belum boleh berfikir secara rasional, oleh itu mereka tidak boleh dimarah dan dihukum dengan keras apabila berbuat salah. Sebaliknya kita yang sudah matang fikiran ni yang perlu banyak bersabar dan bersedia sehingga otak fikir ( cortex ) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas dan barulah kita terapkan hukuman dan boleh la marah kerana mereka sudah boleh megerti yang mana baik atau tidak.

4) Lasak dan gasak itu adalah fitrah dala hidup setiap kanak kanak. Mereka tidak belajar dari mendengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.

5) Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.

Kelasakan dan keganasan anak anak tu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.

Ini kerana kelasakan dan keganasan itu la yang akan bantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.

Masalahnya ialah kita mampu atau tidak hendak melayan kelasakan anak – anak ni. Tenaga mereka semasa dalam keadaan lasak, bukan kaleng kaleng, banyak tenaga dan kesabaran yang perlu ada untuk melayan kerenah mereka.

Nak tak nak, kita kena la bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak ada la kita cepat nak marah marah nanti. Sabar perlukan kekuatan! Lagi pula kanak-kanak sangat memerlukan perhatian dan bantuan daripada ibu bapa bagi memudahkan pertumbuhan fizikal dan minda mereka. Ibu bapa yang baik akan sentiasa mahu berkorban untuk kebaikkan anak-anaknya.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih