Baru Ini Viral Remaja Kumpul Duit Jual Kangkung, Berjaya Sambung Diploma Mekatronik | Pada zaman sekarang, pelajaran adalah sangat penting bagi menjamin masa depan yang cerah. Ramai anak muda yang berebut-rebut untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana menggangap perkara itu akan membanggakan ibu ayah mereka. Namun, bagi merealisasikan impian tersebut tidak mudah bagi orang yang tidak berkemampuan seperti remaja ini.
Kumpul duit belajar dengan menjual kangkung…hampir putus asa tetapi mendapat sokongan orang lain
Jika tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah gambaran remaja yang gigih mencari wang dengan menjual kangkung dengan harapan untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Semalam, Muhammad Ishkhandar Mokhtar dikhabarkan telah berjaya mencapai hasrat tersebut cita-citanya apabila diterima sambung diploma dalam bidang Kejuteraan Mekatronik. Walaupun pernah berputus asa dahulu, namun sokongan moral orang sekeliling telah banyak membantu merealisasikan lagi impiannya.