Terkini : Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
STR Fasa 3
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.
“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan sehingga Mei lepas dan menyifatkan ia sebagai kapasiti terbaik suku tahun pertama jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Beliau memperincikan RM158 bilion tersebut meliputi RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua STR yang memanfaatkan 8.7 juta penerima; Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara dan RM3 bilion bagi subsidi bil elektrik.
Sumber; Sinarharian
Jumlah Bantuan STR FASA 3
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
- Tiada anak – RM 300
- 1 Hingga 2 – RM 400
- 3 hingga 4 – RM 600
- 5 dan ke atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
- Tiada anak – Tiada bayaran
- 1 hingga 2 – RM 150
- 3 hingga 4 – RM 200
- 5 dan ke atas – RM 250
Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas
- RM 150 seorang
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Skim Perubatan MADANI Percuma Buat Rakyat Malaysia – Semak Disini
- Pengeluaran Bersyarat KWSP Bagi Fasa 1 – Semak Disini
- Jawatan Kosong TESLA Malaysia Dan “Walk – In Interview” Bakal Adakan Pada 17 Jun
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021