in

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera

Suami isteri tersebut berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.

“Polis menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat oleh doktor yang menerima pesakit bayi terbabit di Hospital Serdang pada 4 November. Bayi tersebut yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.

“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba untuk menyalurkan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya

Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak serta luka pada kemaluan dan terdapat kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.

“Hasil daripada bedah siasat yang dilakukan telah mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.

Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pegawai Perhutanan Dituduh Membunuh

Nahas Dua Lori, Seorang Maut Tersepit