Bayi Suka Tenung Mata, Genggam Tangan, Menendang Bukan Saja-Saja. Ada Isyarat Mama Perlu Tahu

Bayi Suka Tenung Mata, Genggam Tangan, Menendang Bukan Saja-Saja. Ada Isyarat Mama Perlu Tahu, ok?

Kebiasaanya bayi akan menangis untuk memberi isyarat kepada ibu bapanya bahawa dia rasa tidak selesa untuk tidur. Boleh jadi kerana lampinnya sudah pun penuh atau bayi itu sedang lapar.

Selain daripada isyarat menangis, apakah isyarat lain yang anda tahu? Untuk pengetahun buat ibu bapa, khususnya buat ibu bapa yang baru menerima cahaya mata yang pertama, bahawa setiap bayi akan memberi isyarat yang berbeza beza ketika mereka tidak selesa.

Oleh itu, motif.my akan kongsikan kepada anda semua tentang panduan umum yang boleh membantu ibu bapa untuk memahami ragam bayi mereka.

MENENDANG KAKI

Bayi anda suka untuk menendang kakinya sewaktu dan selepas mandi dan juga semasa pakaikan pakaian mereka?

Ini mungkin bermaksud bahawa bayi anda sedang berasa gembira dengan keadaannya. Kebiasaannya bayi akan melakukan gaya seperti ini jika dia berasa senang dan seronok dengan keadaannya terutamanya selepas mandi.

Namun, ia juga mungkin petanda bayi tidak selesa dengan lampinya. Sebagai ibu bapa, periksalah segala aspek untuk mengetahui maksud sebenar perbuatan bayi anda itu.

MELENGKUNGKAN BADAN

Bayi anda suka melengkungkan badan semasa terjaga dari tidurnya semasa di dalam buaian? Atau sewaktu bayi anda sedang menyusu?

Ini juga mungkin membawa maksud bahawa si manja anda berada dalam keadaan tidak selesa dan perlu menukar kedudukannya bagi memastikan si kecil anda kembali selesa.

MENGHANTUK KEPALA

Bahasa badan ini adalah jarang untuk berlaku, melainkan bayi anda meragam atau berada dalam kesakitan.

Sekiranya bayi anda kerap melakukan perbuatan ini, bawa lah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan perincian yang lebih.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

MEMEGANG TELINGA

Kebiasannya bayi anda akan suka memegang telinganya kerana dia sedang dalam keadaan gembira dan dalam proses mengenal anggota badannya sendiri.

Namun jika si manja memegang telinganya dan sedang menangis, bayi anda berkemungkinan berada dalam proses tumbuh gigi atau berada dalam keadaan yang tidak selesa. Periksa juga telinga anak anda untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada telinganya.

MENGGENGAM TANGAN

Ini adalah perbuatan yang normal kerap dilakukan oleh bayi. Si comel anda kemungkinan sedang  lapar atau dalam keadaan stress. Selain itu juga, bayi anda mungkin berada dalam kesejukan.

Bahasa badan menggengam tangan ini bergantung kepada situasi semasa si manja anda.

MENGANGKAT LUTUT

Ini mungkin membawa maksud bahawa bayi anda sedang mengalami masalah perut tidak selesa, sembelit ataupun kentut. Ibu boleh mencuba untuk mengurut badannya secara perlahan lahan untuk memudahkan pengeluaran angin dari perutnya. Sekiranya anda sedang menyusu badan, anda digalakkan untuk mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan.

TANGAN TERANGKAT-ANGKAT

Ini mungkin membawa maksud yang bayi anda sedang berinteraksi dengan persekitarannya, sama ada bunyi ataupun pergerakannya. Bayi yang baru lahir sememangnya sangat sensitif dengan persekitaran terutamanya pada bunyi.

MEMANDANG TEPAT MATA ANDA

Apabila bayi anda tersenyum dan memandang tepat ke arah mata anda, bayi anda berkemungkinan suka melihat wajah ibunya, dan juga bayi anda dalam proses untuk mengingati muka ibu atau bapanya itu.

Akhir kata, banyak lagi bahasa badan yang akan dilakukan oleh si manja anda, dan hanya anda sebagai ibu dan bapa kepada bayi anda akan lebih mengenali bahasa badan si manja anda. Bahasa badan yang kami kongsikan di atas hanya sebagai panduan umum untuk anda memahami dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan anak anda.

Bukan mudah untuk ibu bapa untuk memahami bahasa bayi anda, namun dengan pemerhatian dan penelitian bersama, ia akan menjadi lebih mudah sekaligus anda senang untuk berkomunikasi dengan si manja anda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jom kongsi artikel ini!

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×