Belanjawan 2024 : STR Kadar Pemberian Bantuan Tunai Dinaikkan Sehingga RM3700. Kini Belanjawan 2024, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
STR 2024
Hari ini sedang berlangsung sidang Belanjawan 2024 di parlimen yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun depan.
Program pemberian bantuan tunai STR akan diteruskan pada tahun 2024 dengan melibatkan jumlah bayaran dan jadual yang baru. Apa yang lebih menarik adalah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi MySTR tahun depan dinaikkan daripada 8 bilion kepada 10 bilion.
Secara langsung akan menaikkan kadar pemberian mengikut kategori penerima pada tahun hadapan. Dengan adanya inisiatif ini diteruskan, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta rakyat atau bersamaan 60 peratus daripada golongan dewasa.
Belanjawan 2024 dilihat lebih memfokuskan dan memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, hospitaliti, runcit dan berkaitan. Kerajaan perpaduan akan terus mencerminkan semangat rangka kerja ekonomi Madani dengan fokus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
Tarikh Pembayaran STR 2024
Untuk makluman umum, buat masa ini pemberian bagi fasa pertama MySTR 2024 dijangka akan disalurkan bermula Feberuari tahun depan. Manakala bagi permohonan baru STR akan dibuka pada bulan November 2023.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan tunai STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
Semakan Fasa Akhir STR 2023
Jangan lupa, terdapat satu lagi bayaran yang akan dikreditkan pada tahun ini iaitu STR fasa 4 tahun 2023. Pengagihkan secara tebus tunai dan pengkreditan akan dilakukan bermula bulan depan, untuk semakan status bayaran, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Belanjawan 2024: Kadar Cukai Perkhidmatan Akan Dinaikkan Kepada 8%
- Bantuan RM300 Sebulan Khas Untuk Golongan B40 – Semak Cara Mohon Disini
- Bantuan MYKAD RM100 Disalurkan Setiap Bulan – Ini Cara Semak & Mohon
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021