Beli Emas Banyak-Banyak Untuk Isteri, Duit Takkan Habis dan Tak Rugi. Kalau Tak Beli Emas, Duit Akan Habis

Emas memang menjadi kegilaan para wanita atau isteri kerana bentuk dan warnanya yang menarik dan juga nilainya yang tinggi mengikut zaman.

Memang tak rugi jika isteri anda menghabiskan wang untuk mendapatkan emas kerana nilainya tetap tinggi jika di jual atau digadai. Bagi isteri, emas antara perhiasan yang paling cantik dan mesti dimiliki! Tak rugi jika anda berbelanja emas untuk isteri, daripada membazir duit untuk benda yang tidak mendatangkan faedah. Ikuti perkongsian ini

Semalam dalam perjalanan pulang ke Tawau, isteri kata nak singgah Pekan kunak. Dia teringin nak makan ikan bakar dekat pasar Kunak. Sedap katanya, ramai yang rekemen tempat tu.

Dekat nak sampai Pasar Kunak, tiba2 “Abi tu ha Kedai Emas Kim Fatt, ‘femes’ dekat Kunak ni. Banyak pilihan, design lawa dan harga murah.”

Dalam hati kata, saya nampak dah permainan dia. Ikan bakar tu hanya subjek sampingan saja, dia nak masuk pekan kunak ni ada ada hajat besar lain.  

Masa makan, kepala asyik fikir apa pula kejadian lepas ni. Nasi saya tak habis separuh lagi, tapi nasi dia cepat je habis, licin. Makanan tak turun habis lagi dah ajak saya gerak.

Dalam perjalanan keluar pekan, dia kata nak singgah Kedai Emas tu kejap. Dia kata lagi nak tengok2 je, nak pastikan betul ke orang kata kedai ni murah, design lawa?.

Masa makan, kepala asyik fikir apa pula kejadian lepas ni. Nasi saya tak habis separuh lagi, tapi nasi dia cepat je habis, licin. Makanan tak turun habis lagi dah ajak saya gerak.

Dalam perjalanan keluar pekan, dia kata nak singgah Kedai Emas tu kejap. Dia kata lagi nak tengok2 je, nak pastikan betul ke orang kata kedai ni murah, design lawa?.

Sebagai langkah berjaga2, saya kata kat dia, saya tak bawa cash lebih. Dia kata kedai emas boleh je guna debit. Bijak.

Sampai dekat kedai, ramai orang tengah shopping emas. Shopping tahun baru agaknya.

Masuk saja kedai, soalan pertama saya tanya dekat pekerja, “Debit boleh guna?” Pekerja tu kata boleh cuma ada charge. Saya tak setuju dengan charge tambahan

Saya nampak isteri dah macam kat dunia lain, rambang mata. Tadi masuk pegang tangan, sekarang ni tangan saya masuk poket dah.Sedang asyik tinjau2, taukey kedai kata “Boss sini boleh guna online transfer, takda charge”. Pandai betul la taukey ni. Saya baru saja nak lega sikit.

Akhirnya saya tewas di Maybank2u. Gelang Petai juga jadi pilihan. Pelik betul la nama2 emas 916 ni.

Gais, kalau kalian beli emas, duit tak habis. Sebaliknya tak beli emas, duit akan habis. Emas juga adalah duit tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Beli emas perhiasan untuk isteri pakai. Beli gold bar/dinar untuk simpanan/pelaburan.Begitulah. Kredit: Basri Baco

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih