Belanjawan / Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengandungi intipati, strategi dan dasar kerajaan dalam mengemudi ekonomi negara ke arah pemulihan.
Bajet kali ini mendukung konsep Keluarga Malaysia sebagai tonggak utama, mengambil kira input rakyat dari segenap lapisan, memastikan tiada golongan yang tertinggal, termasuk golongan rentan dan B40.
Pembentangan ini disiarkan secara langsung pada 29 Oktober 2021 (Jumaat), lingkungan 3-4 petang di saluran media utama negara.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
KATEGORI 1
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
- Lebih 3 anak
- Bantuan RM2000

KATEGORI 2
- Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
- 1-2 anak : Bantuan RM1500
- Tiada anak: RM1,000

- Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
- Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
- Bantuan RM500

KATEGORI 4
- Bantuan RM300 untuk warga emas

Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Kini Dinaikkan
Selain itu, kelayakan bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan kepada RM1669 daripada RM969 untuk melayakkan mereka membuat permohonan bagi mendapat bantuan dari JKM.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.
Apakah harapan anda terhadap Bajet 2022 yg bakal dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Malaysia?
SAKSIKAN SECARA LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET 2022
Ayuh kita sama-sama saksikan Pembentangan Bajet 2022 secara langsung pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang.
Tonton LIVE melalui:
- Facebook TV1 : https://www.facebook.com/BeritaRTM
- BERNAMA : https://www.facebook.com/bernamaofficial
- Laman web RTM LIVE TV : rtmklik.rtm.gov.my
Maklumat Lanjut Pembentangan Bajet 2022
Maklumat lanjut tentang pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia dan akan dikemaskini setelah selesai pembentangan esok.
Sumber : Menteri Kewangan