Bersyukurlah Kita Dengan Apa Yang Ada, Kerana Ada Orang Lain Yang Terpaksa Makan Lumpur Kerana Miskin

Tergambarkah dalam fikiran kita bagaiman keadaan orang yang miskin meneruskan hidup.? Bagaiman yang kita gambarkan? Adakah mereka hanya makan sekali dalam sehari, Makan nasi tak berlauk, hanya makan maggi, atau macam-macam lagi gambaran yang mungkin bermain di fikiran kita.

Haiti adalah negara pertama merdeka di benua Amerika Latin, pasca-kolonial selepas pemberontakan hamba abdi. Dikenali sebagai negara paling miskin, Haiti terpaksa menggunakan lumpur sebagai sumber makanan mereka.

Haiti pernah dilanda bencana gempa bumi besar pada 2010, menyebabkan kebanyakkan daripada rakyat dinegara ini terpaksa merempat.

Menurut Press TV, masalah ekonomi negara ini sangat teruk dan rakyatnya menjadi terlalu miskin, hingga ada yang membuat kek daripada lumpur kering untuk meneruskan hidup.

“Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak,” kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.

“Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja,” Lesly Guillaume jurucakap WHP Haiti.

Kek lumpur berkenaan juga dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan.

Apabila melihat keadaan masyarakat di Haiti, seolah-olah tak boleh diterima oleh akal fikiran. Negara yang sangat miskin sehingga masyarakat terpaksa membuat apa sahaja yang difikirkan boleh untuk meneruskan hidup.

Lupur yang dikeringkan menjadi makanan mereka untuk meneruskan hidup. Bagaimana pula dengan keadaan kita di malaysia? Rasanya tidak ada keluarga yang sampai kepada tahap macam tu.

Kita seharusnya bersyukur kerana negara kita masih dapat menangani kemiskinan dikalangan rakyat dengan memberikan bantuan, peluang pekerjaan dan bermacam-macam lagi inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Tonton video di bawah:

https://youtu.be/DymkAsjNtv0

Akhir kata, bersyukurlah kita dengan apa yang ada sekarang ni dan ringan-ringankanlah tangan untuk membantu orang-orang yang susah.

sumber: era.je

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih