“Bila Tahu Hamil Takut Tak Mampu, Tapi Semuanya Tiba-Tiba Jadi Cukup” Anak Tu Punca Rezeki!

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata buat penyeri dan pelengkap hidup. Namun ramai yang mengambil langkah untuk merancang kerana kewangan yang belum stabil lebih-lebih lagi yang bekerja di bandar  dan baru membina hidup berdua setelah berkahwin. Baru nak mengisi rumah dengan perkakas rumah dan perabut malah ada yang bercadang untuk bercuti berdua tetapi ada juga pasangan yang sangat menantikan kehadiran cahaya mata selepas berkahwin.

Untuk memiliki anak, banyak kos yang harus difikirkan termasuklah kos asuhan yang agak tinggi jika di bandar besar. Namun jika anda percaya pada rezeki anak, semuanya akan menjadi mudah dan tenang. Begitu juga yang berlaku pada Unisa Mohd melalui perkongsianya yang percaya pada rezeki anak.

Ingatkan UPT Rosak

Suami Risau Tak Mampu 

Tiba-Tiba Semua Mampu 

Anak Tu Punca Rezeki

Nak murah rezeki?

1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.

2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Anak-anak itu ibarat kain putih yang tiada dosa. Doa mereka lebih afdhal dan sesucinya doa.

3. Jika anak meminta sesuatu jika mampu belikanlah. Jika tidak mampu beritahuu mereka nanti ada rezeki lebih akan dibelikan. Janji tau.

4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH dengan serta merta..

5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.

6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.

7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.

8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.

Akhir kata, setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetapkan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi. Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati dan penawar jiwa.

Kredit to: Unisa Mohd, Maryam Salleh

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih