in

Bilik Asrama Pelajar Tahfiz Terbakar

RANTAU PANJANG – Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek dekat sini terkejut apabila sebuah bilik tingkat dua bangunan asrama pusat pengajian berkenaan terbakar petang tadi.


Dalam kejadian jam 2.38 petang, pada ketika itu kesemua 75 pelajar lelaki sedang menunaikan solat Zohor di masjid yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama.

Saksi kejadian, Ahmad Faizul Nizamudin, 29, yang juga merupakan guru serta warden asrama berkata, ketika dia hendak ke masjid beliau ternampak percikan api dari tingkat dua bangunan asrama.

“Saya kemudian terus memberitahu perkara itu kepada seorang lagi tenaga pengajar yang kemudian menghubungi bomba untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Faizul berkata, beliau bersyukur apabila semua pelajarnya tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, beliau juga lega kerana kebakaran itu hanya melibatkan sebuah bilik di tingkat dua sahaja.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.43 petang.

Menurutnya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Rantau Panjang bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Azmi Ibrahim tamat sepenuhnya pada jam 3.13 petang,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Arab Saudi Beri 300 Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

Cadang Gunakan Pengadil Luar – Mukhriz