Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman, BKM akan dibuat secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima. Kerja juga menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Mohon juga : BKM 3 Bujang Telah Mula Dikreditkan – Check Sini !
Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.
KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN BKM TAMBAHAN FASA 3 RM500
Bagaimana anda tahu sama ada anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda boleh membuat semakan secara online melalui laman web khas BKM. Berikut ialah cara menyemak kelayakan BKM tambahan:
- Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
- Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
- Klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan
Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan pada halaman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak menerima bayaran BKM.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA TAMBAHAN FASA 3 RM500
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:
- Fasa 1: 28 Mac 2022
- Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)
- Fasa 3: September 2022
- Fasa 4: Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747