• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Penerima GKP Dipertimbangkan Untuk Terima BKM – Tengku Zafrul

Umairah by Umairah
November 25, 2021
in bantuan kerajaan
0
Penerima GKP Dipertimbangkan Untuk Terima BKM – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid-19 akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi permohonan baharu dan kemas kini untuk BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 hingga 31 Jan tahun depan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan masih diberi peluang untuk memohon.

Katanya, data daripada sembilan agensi kerajaan akan dimasukkan ke dalam data BKM bagi mengurangkan “exclusion error”.

“Ini merangkumi data eKasih, bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), penghuni perumahan awam atau projek perumahan rakyat, Orang Asli, gelandangan berdaftar, ibu tunggal, penerima skim insurans Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tengku Zafrul berkata, bagi separuh tahun kedua 2021, sebanyak RM10 bilion bantuan tunai disediakan termasuk Bantuan Khas COVID-19 dan bayaran RM500 GKP, dengan RM8.8 bilion disalurkan dari Julai hingga November dan baki RM1.2 bilion pada Disember.

Kerajaan memperkenalkan BKM menerusi Bajet 2022 dengan peruntukan RM8.2 bilion untuk disalurkan kepada 9.6 juta penerima.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kebanyakan syarikat yang akan dikenakan Cukai Makmur adalah syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri perbankan, perladangan kelapa sawit dan sarung tangan getah.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, 113 syarikat yang mencapai had pendapatan sebelum cukai melebihi RM100 juta dalam tempoh dua tahun kewangan lalu adalah daripada industri itu.

“Cukai Makmur hanya akan dikenakan secara ‘one-off’ (sekali) sahaja di peringkat syarikat dan bukan di peringkat pengeluaran akhir atau barangan siap.

“Jadi, pendapatan bercukai yang dikenakan adalah setelah mengambil kira insentif percukaian yang diberikan. Ini bermakna setelah pendapatan syarikat ditolak insentif cukai itu, barulah pendapatan yang melebihi RM100 juta setahun akan tertakluk kepada cukai makmur pada kadar 33 peratus,” katanya.

Sementara itu, sesi penggulungan itu sedikit kecoh sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer (PH-Jelutong) keluar dewan selama 20 minit selepas enggan mematuhi arahan untuk tidak mengganggu jawapan Menteri Kewangan.

Rayer mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) tidak disenarai hitam dan dibenar ke luar negara, namun tidak berpuas hati dengan jawapan Tengku Zafrul bahawa perkara itu adalah keputusan mahkamah.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan berjumlah RM15,946,434,600 dengan lebih suara menyokong. – Bernama

Baca Juga : Semakan bkc

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Previous Post

Pentaksiran Setara Standard 2021 KPM Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4

Next Post

Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM 75 B40

Umairah

Umairah

Berpengalaman dalam dunia blogging dan penulisan info-info bantuan kerajaan terkini.Suka menulis artikel yang mendalam supaya memudahkan pembaca untuk mendapatkan info lengkap di Motif.My.

Next Post
Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM 75 B40

Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM 75 B40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR & PENOLONG GURU TABIKA KPN. GAJI RM1,500-RM1,700
  • Tatacara Tebus RM100 eMadani Bermula Isnin ini
  • Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia
  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×