in

Bola Sepak Terbukti Menjadi Ejen Untuk Satukan Kaum Paling Ampuh: FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersungguh – sungguh untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak dimana ianya terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan, perpaduan dan bina negara ke semua lapisan masyarakat.


Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM berkata, perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama kesemua masyarakat bukan Melayu, zaman kegemilangan tersebut akan dapat dikembalikan.

“Kuncinya di tangan anda. FAM hanya sebagai pemudah cara,” katanya semasa majlis penutup Hari Akar Umbi Bola Sepak Cina yang diadakan di SJK (C) Lai Meng di Bukit Jalil hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Md Dali Wahid iaitu Exco FAM, pada penutup program yang disertai hampir 200 pelajar berusia di antara 6 dan 12 tahun serta 22 jurulatih akar umbi dari enam sekolah sekitar Petaling Jaya dan Puchong.

Hamidin berkata, FAM turut mengajak masyarakat Cina bagi menyemarakkan serta memeriahkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu opsyen kerjaya, anak-anak mereka.

Dengan menjadikan Datuk Ong Kim Swee,Tan Cheng Hoe dan Chiew Chun Yong sebagai antara contoh individu berbangsa Cina yang menikmati kerjaya dalam bola sepak tempatan, Hamidin menegaskan bola sepak bukan milik satu-satu kaum bahkan ia bersifat sejagat.

“Bola sepak bukan sekadar permainan rekreasi sahaja namun bagi mereka yang benar-benar berkebolehan, anda boleh menjadi pemain kebangsaan bersaing di peringkat serantau, Asia dan satu hari nanti di pentas dunia.

“Anda juga boleh mencuba nasib sebagai jurulatih, pentadbir atau pengadil, sama ada separuh masa atau sepenuh masa,” katanya.

Hari Akar Umbi Bola Sepak Cina adalah susulan kejayaan kursus kejurulatihan akar umbi FAM anjuran Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) Oktober lalu.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif FAM untuk memastikan bola sepak merentas sempadan bangsa dan agama. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nazrief Nazri Sah Bergelar Suami

Pencuci Tingkap Jadi Adiwira