in

Cadang Gunakan Pengadil Luar – Mukhriz

KUBANG PASU: Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) telah mengesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi perlawanan yang akan datang supaya membawa pengadil luar untuk mengadili.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata beliau berharap FAM dan MFL dapat mempertimbangkan permintaan yang disuarakan oleh banyak pihak ini bagi mengelakkan sebarang kesangsian.

“Jika kita boleh ambil pengadil luar untuk Piala FA, saya rasa kita juga perlu ambil untuk Piala Malaysia.

“Saya juga difahamkan, biasanya pengadil yang mengadili perlawanan separuh akhir tidak boleh menjadi pengadil dalam perlawanan akhir.

“Cuba lihat pengadil Jepun yang mengadili perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perak yang lalu, dia ‘tibai’ kedua belah pasukan, jadi kita tak boleh main-main, sebab dia ikut peraturan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian Sijil Hak Milik dan Lesen Pendudukan Sementara kepada penduduk, hari ini.

Mukhriz walau bagaimanapun berkata, beliau tidak mempersoalkan penggunaan pengadil tempatan dalam aksi akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, malah menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak bermaksud bahawa kita ada sebarang rasa musykil mengenai pengadilan perlawanan ini.

“Tetapi bagi masa depan dan untuk mengelakkan rasa sangsi, sebaiknya guna (pengadil) luar negara,” katanya.

Sabtu lalu, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bilik Asrama Pelajar Tahfiz Terbakar

Che Ta Kecewa Dengan Sikap Penggiat Seni