Terkini : Maybank Sahkan Tidak Akan Mengenakan Caj Tambahan Pada Pengguna DuitNow QR.
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
“Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj seperti amalan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang mengendalikan kod DuitNow QR baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.
Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.
Sumber: Bernama
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Berikut Senarai Penuh Penerima STR Fasa 4 RM1200 & Tarikh Pembayaran – Semak Disini
- Bantuan Kanak Kanak Sehingga RM1000 Kini Dibuka Untuk Seisi Keluarga
- Kini Dibuka! Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia – Minima PT3/PMR Layak Memohon!
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021