Minggu terakhir berpuasa ini, memang masing-masing sedang rancak memikirakn dan ada yang sedang menyediakan biskut raya untuk hari raya nanti.Jangan lupakan biskut samperit yang sudah semestinya menjadi keutamaan kita di pagi raya yang mana biskut ini juga menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa kerana rasanya yang sedap dan berkrim. Samperit susu juga adalah antara biskut raya yang paling mudah disediakan dan low cost. Biskut ini juga selalu disediakan dengan pelbagai warna tapi untuk resepi kali ini disajikan dengan kombinasi warna pink, hijau dan kuning.
Terdapat resipi yang dikongsikan oleh Anna B. Samad yang semestinya cukup mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan samperit siap tersedia untuk anak. Tip mudah yang dikongsikan olehnya juga buat kita rasa yakin untuk mencuba. Patutlah viral hingga dapat perkongsian sebanyak 25K. Sangat membantu da menarik perhatian ramai pengguna yang baru berjinak-jinak nak membuat biskut sempena hari raya tahun, memang terbaik.
BAHAN-BAHAN :
5 cawan tepung jagung
1 cawan planta ( atau boleh guna buttercup 250g )
1 cawan susu pekat
( *guna cawan yang sama )
Pewarna, coklat cip ( ikut suka )
Gaul sebati planta dan susu.
Masuk tepung jagung sikit-sikit dan uli.
Uli sampai tak lekat di tangan.
Asingkan then letak pewarna pilihan.
Ambik doh sikit-sikit dari setiap warna masuk dalam acuan.
Bakar 30 – 35 minit atau ikut oven masing-masing. Saya bakar kat dapur gas, guna oven lama dulu-dulu punya tu.
ok siap!! Biarkan sejuk dahulu then kemudian bole lah disimpan kedalam bekas kedap udara.
Tips:
* Guna senduk je masa kacau , kalau terlebih kembang nanti kelopak bunga jatuh dan tidak menjadi.
* Saya lagi suka pakai planta dari butter. Wangi je bau dan biskut lebih lembut.
* Jangan uli doh terlalu lama, uli sekadar sebati kesemua bahan.
*Selepas titik pewarna, uli tepung sekadar warna dah sekata sahaja dan kemudian cepat-cepat tekan dalam acuan.