Cara bersihkan ikan pari yang betul. Ikan pari adalah sejenis hidupan laut yang sangat sedap dibakar dan dimasak asam pedas malah ikan ini menjadi tarikan para penggemar asam pedas.
Jadi saya sharekan cara2 membersihkan ikan pari jadi bolehkan para suri rumah sediakan menu asam pedas di rumah tanpa perlu ke luar untuk makan malah menjimatkkan masa serta wang .
Cara Menyiang Ikan Pari:
Ada tiga cara yang memudahkan anda untuk menyiang ikan pari :
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
- Terlangkupkan ikan pari biar nampak belakangnya .
- Gunakan pisau yang tajam , potong bahagian tulangnya dan perut ( hanya ambil isi belahan kiri dan kanannya sahaja ) *cara selamat untuk elak ikan berbau hancing & paling mudah .
Kemudian:
- Belah perut ikan pari dan buang bahagian organ dalaman dan bersihkannya .
Atau :
- Lakukan belahan dari atas bermula dari insang hingga ke bahagian perut dan cuci hingga bersih .
PETUA MEMILIH IKAN PARI :
- Semasa memilih ikan pari , pastikan isinya masih pejal dan berwarna cerah .
- Hidu bau ikan terlebih dahulu sama ada ia berbau hancing atau tidak .
- Selepas dibeli atau ditangkap , ikan pari harus dibiarkan dalam posisi telengkup . Ia bagi mengelakkan air kencing pari terkena pada badannya .
Motif.my berharap agar korang dapat share dan sebarkan artikel ini jika korang rasa ianya bermanfaat. Thanks so much.