Cara Buang Sihir Dalam Badan

Cara buang sihir dalam badan dengan berkesan dan mujarab. Sihir adalah satu perbuatan syirik menganiaya orang lain menggunakan jin dan syaitan sihir.
 
Anyss Azemi berkongsi petua untuk sembuhkan diri dari sihir setelah 4 tahun beliau berperang dengan sihir dan santau. Beliau dah habiskan beribu-ribu untuk berubat sihir ini.
 
Beliau share cara ini kerana ingin memberi manfaat kepada orang lain. Sakitnya gangguan sihir dan santau ini orang yang kena je tahu betapa sakitnya kerana ia mendera mental dan fizikal.
 
Sebelum ini beliau hanya dapat sembuh dalam 70% sahaja. Tapi selepas  mengamalkan cara-cara ini, allhamdulilah sekarang dah sembuh 95% tinggal saki-baki sihir je lagi untuk dihapuskan.
 
Syukur Alhamdulillah kerana Allah izinkan saya dapat buang santau dalam tubuh saya selepas amalkan semua ni, saya sendiri tak sangka benda tu keluar.
 
Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri lebih utama, tanpanya, kalau berubat dengan perawat pun takkan sembuh sepenuhnya.
 
1) Solat 5 waktu jangan tinggal dan buat solat taubat nasuha. Minta Allah ampunkan segala dosa-dosa yang lalu.
 
Selepas solat, doa dan luahkan kepada Allah segala kesakitan. Mohon Allah sembuhkan segala penyakit.
 
2) Amalkan mandi dengan daun bidara dan buah limau purut setiap hari selama 12 hari. Limau tu ambil dan gosok pada seluruh badan dan kepala . (masa mandi selawat dan minta kepada Allah buangkan sihir atau segala penyakit dalam badan)
 
3) Amalkan minum air kelapa yang dibakar bersama serai dan biji halba. Minum selama 12 hari berturut-turut. (Sebelum minum selawat dan doa agar Allah jadikan air kelapa tu jadi ubat)
 
4) Amalkan baca ruqyah dan ayat muntahkan penyakit dari ustaz Sharhan Shafie. Bergantung kepada Allah 100%. Percaya kepada diri sendiri mampu mengubatkan diri sendiri. Boleh tengok dekat sini RUQYAH.
 
Kena yakin dengan Allah, kalau tak yakin, tak iman, ianya tak jadi. Beliau baca hari pertama benda tu keluar dari badan beliau hingga beliau sendiri terkejut, gambar santau yang dihantar dekat saya tu, saya hanya kongsikan dengan family saya, ustaz dan ustazah saya sahaja.
 
5) Mengadu dan merintih pada Allah, menangislah pada Allah dan selalu berdoa agar Allah buang segala penyakit dalam badan setiap hari. Beritahu Allah kita ini lemah, kita tak larat, kita perlukan Allah sentiasa.
 
6) Kalau sakit dan didera mental fizikal, lawan dan percaya kita lebih kuat dari benda tu. Saya sakit sampai menangis tak keluar suara, lebih sakit dari sakit beranak. Tapi saya tetap lawan sebab saya ada Allah dan Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
 
7) Terus berikhtiar dan bertawakkal. Berusaha dan tanamkan dalam hati setiap usaha kita itu Allah akan nilai dan Allah akan makin sayang kepada kita. Tunjukkan kepada penyihir yang kita bukannya makhluk Allah yang lemah.
 
Semoga kita semua dijauhkan dari santau dan sihir. Motif.my berharap agar cara ini dapat bantu kita sembuh dari penyakit sihir dan santau. Tolong share kepada yang lain. Bagi yang ada tanda-tanda gangguan boleh cuba cara buang sihir ini.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×