Teringin nak makan Ayam Goreng Seringgit yang jual dekat gerai tu? Tapi nak beli untuk sekeluarga tapi takut tak puas makan jadi jangan risau. Meh buat sendiri di rumah. Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni memang mudah dan sedap. Sesuai sangat anda cuba terutamanya bagi yang ada anak ramai dan masak bile makan bersama sanak saudara.
RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT
Resipi ini untuk (1) ekor ayam
BAHAN A:
- 1 ekor ayam – potong 18
- 2 senduk tepung bestari perisa asli
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN B:
- 500 gm tepung bestari asli
- 100 gm tepung gandum
- 100 gm tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh bersih dan toskan airnya. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng rangup yang sebenar.
2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan kelikatannya tidak terlalu cair.
3. Gaulkan dengan ayam. Perap selama 5 jam.
4. Dalam bekas berasingan, satukan bahan-bahan B. Adun rata.
5. Ambil seketul ayam yang diperap tadi, lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak. Boleh salut 5-6 ketul sekaligus untuk sekali gorengan.
6. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Guna periuk lagibagus supaya ayam terggelam dan akan masak lebih sekata dan rangup.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu persatu. Goreng guna api sederhana kuat. Balikkan ayam sekali sekala.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
9. Sedia untuk dinikmati. Boleh makan begitu sahaja atau makan bersama nasi putih. Sangat mudah dan bole masak banyak. Boleh makan banyak dan menjimatkan.
10.Terkadang kanak-kanak atau dewasa tidak suka dengan dada/isi ayam. Ibu-ibu juga bole masak isi ayam dengan cara seperti ini kerana kebanyakkan mereka lebih suka rasa rangup pada ayam apabila digoreng dengan tepung.
p/s: sedikit perkongsian buat yang ingin berjimat tanpa membeli tepung bestari kerana nampaknya tepung ini sangat viral diperkatakan dan harganya semakin meningkat. Terkadang susah nak cari di kedai dan pasaraya kerana kehabisan stok. Disini saya kongsikan resepi ayam goreng rm1 dengan campuran tepung gandum sahaja.
1)Campurkan tepung gandum dengan garam, kunyit dan serbuk lada/lada hitam dan tambah sedikit air.
2)Kacau hingga sebati dan bolehla digaul denga ayam yang telah ditoskan.
3)Sediakan tepung gandum yang kering dalam bekas yang lain.
4)Golekkan ayam diatas tepung kering dan boleh digoreng.. Pasti rangup dan sedap seperti menggunakan tepung bestari..Selamat mencuba!