Sedapnya Puding Karamel. Makan sejuk-sejuk di musim cuaca panas begini, memang nikmati. Bagi yang nak makan manisan ini tapi bimbang dengan jumlah telur yang digunakan, bolehlah cuba resipi Puding Karamel yang tidak menggunakan telur dari perkongsian saudari Mariana Zainal. Sangat mudah dan tentunya sedap hingga menjilat sudu. Tak perlu kukus tau.Jimat masa dan tenaga.
BAHAN UNTUK GULA HANGUS (jika guna loyang) :
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air panas
CARA BUAT DADIH:
1. Masukkan gula dalam loyang dan masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (pastikan sentiasa kacau supaya tidak hangus) .
2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
3. Buka api dan masak lagi sehingga gula larut. Padamkan api dan biarkan seketika. Boleh sediakan bahan puding.
BAHAN GULA HANGUS (jika guna bekas dadih):
3/4 cawan gula ( hampir penuh)
1 cawan air panas
Bahan- Bahan Lain:
1 paket serbuk agar-agar
4 cawan air
3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
Cara Penyediaan :
1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga larut.
2. Apabila dah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi atau sudukan ke dalam bekas dadih. Biar sedikit suam.
3. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah mengeras, bolehlah dipotong dan dinikmati.
Makan selepas lunch atau dinner memang sedap bila dimakan sejuk-sejuk. Yummeh.