Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Rosni Musa atau mesra dengan panggilan Kak Ros, sambal belacan beliau ni memang jadi kegemaran ramai terutamanya si anak bujangnya. ‘Sambal belacan ibu paling sedap di dunia’ katanya. Memang kena cuba ni. Sekali rasa memang sampai termimpi. Namun bila sebut sambal belacan ni, lain orang lain cara penyediaannya. Betul tak? Ha..ini perkongsikan cara buat sambal belacan versi Kak Ros. Jom cuba!!
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ketul belacan
- 1 biji bawang besar
- 40-50 biji cili api
- 5-8 biji cili besar
- 10-15 biji limau kasturi
- 2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar belacan dan bawang besar. Pastikan bawang tidak terlalu layu. Bila nampak agak-agak layu sikit, terus angkat.
- Cili tidak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pun boleh.
- Gula jangan banyak sangat. Agak-agak sahaja untuk seimbangkan rasa.
- Tidak perlu letak garam kerana belacan sudah masin. Tapi boleh ditambah jika perlu.
3. Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan ini tidak menggunakan air. Hanya air limau kasturi sahaja.
4. Kisar kasar. Jika buat dalam kuantiti sedikit, boleh guna lesung batu sahaja.
5. Semasa kisar, Sambal ini tidak menggunakan sebarang air. Hanya guna air limau kasturi sahaja untuk menggerakkan blender.
6. Sambal ini kena ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa untuk seimbangkan dengan cita rasa anda.
