Cara-Cara Menebus Wang Tunai Bantuan Kehilangan Pendapatan Di Bank

PEMULIH: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Mulai 26 Oktober 2021. Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Bantuan ini akan disalurkan secara one-off mulai 26 october dan boleh claim tuani di bank pada 28 october 2021 , kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menurut pengumuman beliau di Facebook hari ini.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021. Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Sila rujuk maklumat lanjut tentang BKP melalui info yang dilampirkan di bawah:

bkp

Berikut dikongsikan info yang lebih terperinci tentang syarat-syarat, cara permohonan, dan tarikh bayaran Bantuan Kehilangan Pekerjaan PEMULIH.

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) PEMULIH?

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga sejuta ahli membabitkan implikasi no berjumlah RM500 juta, kata Perdana Menteri pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun 2021 yang lalu.

Bantuan ini dijangka akan disalurkan pada Oktober 2021.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah menerusi sebuah hantaran terkini di media sosial beliau.

Cara Semakan Status BKP

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my

smakanstatusbkp

Status LULUS akan dipaparkan bersama kaedah bayaran seperti berikut:

bkp

 

Atau begini:

bkp october

NOTA: Bayaran TUNAI perlu dituntut di kaunter BSN.

Status TIDAK LULUS pula akan dipaparkan seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah.

Tarikh & Kaedah Bayaran

Tarikh bayaran Bantuan BKP ini ialah mulai 26 Oktober 2021.

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

bkptuntutwang
Difahamkan ada pemilik akaun BSN telah menerima bayaran BKP seawal malam tadi.

cara tuntut wang bkp

TERKINI: Bayaran Tunai BKP Di Kaunter BSN Ditangguhkan Buat Sementara Waktu
Berdasarkan arahan terkini daripada Kementerian Kewangan, pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) bagi penerima tunai terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.

Perkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui media sosial di ruangan komen setelah mendapat pertanyaan dari orang ramai.
Untuk kepastian, anda boleh layari laman web bkp.hasil.gov.my dan rujuk senarai FAQ yang dilampirkan di bawah:

wangbsnbkp

Anda digalakkan untuk merujuk laman sesawang LHDN atau BSN dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan BKP.
Pihak BSN memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Walaubagaimanapun, laman web BKP telah memaklumkan penunaian di kaunter BSN kini boleh dibuat mulai 28 Oktober 2021.
Soalan Lazim

Untuk kepastian, anda boleh layari laman web bkp.hasil.gov.my dan rujuk senarai FAQ yang dilampirkan di bawah:

1. Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

2. Siapakah yang layak menerima BKP?
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
3. Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

4. Apakah kriteria kelayakan Bantuan Kehilangan Pendapatan ini?
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan

ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

5. Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?
Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff

6. Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat?
Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara

berperingkat.

Pemakluman pembayaran juga akan dibuat melalui

khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

7. Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

8. Bila dan bagaimana semakan status BKP boleh dibuat?
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Kehilangan Pendapatan di pautan
(https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.

Sumber: LHDN

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya tentang semua pakej PEMULIH, sila rujuk laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan ini:

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/pemulih/infografik-pemulih.pdf

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Semak Juga : BPR Tambahan PEMERKASA Plus : Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran Akhir

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih