Cara Daftar Ekasih Program Bantuan Pembasmian Kemiskinan – Semak Status Sekarang !

Penerima bantuan sering dikaitkan dengan eKasih, namun tahukah anda apa itu sistem eKasih?

Ia merupakan satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sebenarnya eKasih sebenarnya bukanlah program bantuan, tetapi data yang dikumpulkan dalam sistem ini akan disalurkan kepada program bantuan pembasmian kemiskinan dan sebagainya.

Ini bermaksud, dengan adanya eKasih, semua agensi yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan akan menggunakan maklumat dari sumber yang telah diproses, direkodkan dan disemak.

Maka, perancangan program pembasmian kemiskinan akan lebih tersusun dan pemantauan akan lebih berkesan.

Jadi, bagaimana sistem ini berfungsi, apakah kelayakan dan bagaimana cara untuk mendaftar dalam sistem ini?

Jom kami kongsikan maklumat lanjut tentangnya.

Apakah eKasih?

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Portal dan data ini dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.

Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  •  Semakan status kemiskinan secara online.
  • Penyelarasan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Syarat Kelayakan eKasih

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Secara umumnya, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

(*Sila rujuk rajah di bawah untuk kiraan yang lebih tepat untuk membuat anggaran kelayakan berdasarkan kategori dan lokasi pemohon).

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). / Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Cara Pendaftaran

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Keluarga atau individu yang layak boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi.

Orang awam juga boleh membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR akan direkodkan dalam pendaftaran iaitu:

  • lokasi
  • kediaman
  • pendidikan
  • kemahiran
  • pekerjaan
  • harta
  • kesihatan
  • bantuan
  • pendapatan

NOTA:

*KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

*AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Semakan Status Pendaftaran eKasih

Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status eKasih.

Semakan eKasih secara online boleh dibuat melalui laman web berikut:

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Terdapat 4 status daftar yang boleh disemak:

  • 1. Disahkan – Telah dibanci
  • 2. Disemak – Dalam proses banci
  • 3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  • 4. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru

Bantuan eKasih
Apa yang penting untuk kita faham, eKasih sebenarnya bukanlah program bantuan.

Sebaliknya, ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.Data eKasih inilah yang akan digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Namun, terdapat banyak kelayakan berlainan untuk bantuan yang berlainan yang akan disemak sebelum diproses untuk penerimaan bantuan.
Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Selain eKasih, anda juga boleh membuat permohonan bantuan di Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) melalui skim bantuan ini: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online
Maklumat Lanjut


 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing di talian berikut:

  • – PPN Perlis : 04-9731976
  • – PPN Kedah : 04-7209236
  • – PPN P.Pinang : 04-2185700
  • – PPN Perak : 05-2497400
  • – PPN Selangor : 03-55213600
  • – PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • – PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • – PPN Melaka : 06-3333333
  • – PPN Johor : 07-2234777
  • – PPN Pahang : 09-5178208
  • – PPN Terengganu : 09-6272000
  • – PPN Kelantan : 09-7455000
  • – PPN Sarawak : 082-446582
  • – PPN Sabah : 088-484800

ATAU

Ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih