Cara didik anak menjadi budak baik, 6 langkah mudah. Pada zaman kini ibu bapa merupakan golongan yang sangat sibuk, agak mencabar untuk selarikan dengan mendidi anak-anak agar membesar jadi ‘orang’.
Berikut ialah cara ibu bapa boleh guna dari peringkat awal kalau mahu anak menjadi anak yang baik yang boleh ikut arahan dan berdisiplin.
Paling best, anak akan membesar dengan aura yang positif dan tidak melawan. Teruskan bacaan anda dan sila share perkongsian daripada saudara Azhar Ghazali:
1. Jika anak sedang menangis, jangan buang waktu untuk memujuknya.
Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan berhenti menangis. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Jika mahu suruh anak berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”.
Tapi beritahu kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan lagi:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian baru minta mereka berhenti bermain:”Dah, waktu main sudah habis”.
3. Jika anak-anak sedang bertengkar atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan kita hendak redakan pertelingkahan, mencelah dengan cara sebegini:
“Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Pasti seorang dari anak akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Katakan kepada anak-anak sebelum tidur:
“Tidur sayang.. esok pagi kita solat subuh sama-sama”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, esok kan sekolah”, hingga mereka tidak ingat dan merasa pentingnya solat subuh itu.
5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu itu tidak akan berulang.
Kenakalan dan kerenah anak-anak kita tidak kekal, ia akan menjadi kenangan apabila mereka sudah besar. Habiskanlah masa dengan anak-anak semasa mereka masih kecil, kerana waktu ini adalah waktu kritikal anak kecil.
6. Tinggalkan dunia online, matikan juga TV, dan unplug diri kita dari dunia luar. Fokus pada keluarga dan anak-anak dan beritahu rakan-rakan:
“Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menjatuhkan maruah, atau hilangnya keperibadianmu. Selalu juga berdoa didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.