Cara Elakkan Isteri Marah

Ada banyak sebab mengapa isteri susah untuk kawal emosinya menjerit apatah lagi marah-marah pada anak-anaknya. Bukannya isteri tak sayang pada anak kita.

Cuma isteri kita selalunya sudah penat seharian dengan urusan seharian.

Penat emosi nak melayan karenah anak-anak, penat juga hendak melayan perasaan yang susah difahami suami. Penat buat kerja-kerja rumah. Saranan Ustaz Ebit Lew ini ada benarnya.

Suami janganlah asyik nak mengadu semua hal yang tak kena itu salah isteri. Tiada yang salah dan betul, cumanya masing-masing perlulah saling memahami.

Memahami Hati Isteri Yang Selalu Marah Dan Menjerit Pada Anak-anak

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah.

Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma.

Isteri kalau menjerit atau marah-marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah sekali.

Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.

Sebenarnya selalu suami tanya, kenapa isteri suka cubit dan marah kepada anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan isteri?

Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.

Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Berjuta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah…

Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan cara Islam yang penuh rasa cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita dengan cinta dan sayang.

Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang. Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak. Bila sampai rumah disunnahkan untuk memberi salam dan peluk atau cium ahli keluarga.

Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kaseh dari suaminya.

Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya.

Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak. Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit.

Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik.

Sumber/Foto: FB Ebit Lew

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×