• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Cara Keluarkan ASNB – Sehingga RM 2000 Sebulan

Umairah by Umairah
September 20, 2023
in bantuan kerajaan
0
Cara Keluarkan ASNB – Sehingga RM 2000 Sebulan

Cara Keluarkan ASNB – Sehingga RM 2000 Sebulan. Had Pengeluaran MyASNB Dinaikkan, Ini Cara Buat Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah!

Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran duit ASB.

Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!

Pengeluaran duit ASB dah boleh dibuat secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.

Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.

Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal MyASNB, manakala di aplikasi MyASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

Jom kami kongsikan cara membuat pengeluaran ASB online.

Pengeluaran MyASNB Secara Dalam Talian

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!

Cara Mohon Pengeluaran Duit ASB Online

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Panduan Buat Pengeluaran Duit ASB Online

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

SELESAI!

Had Minimum & Maksimum Pengeluaran ASB Online Setiap Bulan

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
Hotline ASNB: 03-7730 8899

Mohon Juga :

  • Bantuan Mykad RM100 Telah Dikreditkan – Cara Semak Klik Sini
  • Borang Permohonan Lesen Percuma
  • Kategori Penerima Bantuan RM 900 & RM 1200

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Previous Post

Jawatan Kosong Kerajaan Di Universiti Teknologi Mara (UTM)

Next Post

Tarikh Bayaran Telah Diumumkan Bagi Bantuan Kredit e-Tunai RM100 – Semak Disini

Umairah

Umairah

Berpengalaman dalam dunia blogging dan penulisan info-info bantuan kerajaan terkini.Suka menulis artikel yang mendalam supaya memudahkan pembaca untuk mendapatkan info lengkap di Motif.My.

Next Post
Tarikh Bayaran Telah Diumumkan Bagi Bantuan Kredit e-Tunai RM100 – Semak Disini

Tarikh Bayaran Telah Diumumkan Bagi Bantuan Kredit e-Tunai RM100 - Semak Disini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR & PENOLONG GURU TABIKA KPN. GAJI RM1,500-RM1,700
  • Tatacara Tebus RM100 eMadani Bermula Isnin ini
  • Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia
  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×