Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan KWSP RM10,000 dikala ramai rakyat yang terkesan teruk dari segi ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19. Anda juga boleh mohon bantuan bkm ini.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Tarikh Permohonan Pengeluaran Wang Kwsp Rm10,000
Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.
Tarikh Pembayaran Wang Kwsp Rm10,000
- KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Cara Semak Baki Akaun Kwsp Terkini
- Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:
- Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pergi ke menu Account
- Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’
- Klik View Details
- Maklumat akan dipaparkan seperti di bawah.
Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan
“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Keputusan Yang Sukar Demi Kepentingan Rakyat
Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Kerajaan Dengar Keluhan Seluruh Rakyat Malaysia
“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.
Mohon juga : Bantuan RM 700 Yang Anda Akan Terima Secara Automatik Bulan Mac
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Mohon juga : Bantuan Keluarga Malaysia Bujang Akan Dikreditkan Minggu ini?