Cara Mandi Wajib

Cara Mandi Wajib, ok?

Mandi wajib atau dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Samada terkeluarnya air mani, selepas bersetubuh atau selepas keluar darah haid atau nifas.

Cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting untuk kita peajari. Ini kerana jika mandi wajib tidak dilakukan dengan betul, ibadat yang lain tidak sah.

Tidak perlu pun untuk mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna untuk kita bersuci. Panduan mandi wajib ini boleh diguna untuk lelaki dan perempuan.

Untuk itu, motif.my akan berkongsi ilmu cara mandi wajib ini.

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL


Foto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM

1. Niat ketika air itu sampai ke tubuh badan
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan untuk mencuci kaki selepas selesainya mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala dan kemudiannya siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, dan kemudiannya menyiram kepalanya 3 kali dengan menggunakan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulakan dengan belah kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Baginda menyiram kepalanya di belah kanan, dan kemudiannya di bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlulah melepaskan ikatan rambut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh kita.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada segala urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan diantara mandi wajib dengan mandi sunat hanya pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Sumber artikel : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×