Cara Memohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) RM450 sebulan

Tahukah anda? Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ada menyediakan elaun pekerja orang kurang upaya (OKU) bagi golongan OKU yang sedang bekerja. Tujuan pemberian elaun ini adalah untuk menggalakkan golongan OKU untuk berdikari serta bersifat produktif. Namun pun begitu, untuk memperolehi elaun ini, pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang diberikan serta membuat permohonan mengikut saluran yang betul.

Mari lihat tatacara permohonan dan maklumat pemberian elaun di bawah:-

BANTUAN

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)

BILANGAN ELAUN

RM450 Sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di negara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1500 dan ke bawah
  • Mana-mana kes yang dipertimbangkan oleh KPKM

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SECARA MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :-

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:-

BORANG YANG BERKAITAN :-

 

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN 2019

SECARA TALIAN

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :-

Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;-

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-

Alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya.

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih