Petua Nak Dapatkan Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik Kembar
Kebanyakkan wanita mengandung selalunya teringin untuk mempunyai anak kembar kerana anak kembar kelihatan sangat comel dan semestinya membesarkan mereka akan mengukir sebuah pengalaman yang sangat mencabar . Namun mampukah ibu2 mempunyai anak kembar tanpa mempunyai genetik kembar??
Jika dipikirkan secara logik , kebarangkalian untuk seseorang yang tidak mempunyai genetik kembar mendapatkan anak kembar adalah lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai genetik kembar .
Mengikut kajian , mereka yang lebih tinggi , berbadan gempal , dan melalui rawatan kesuburan IVF adalah lebih berpotensi untuk hamil anak kembar namun jika mengikut kajian sains , setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar .
Beberapa petua untuk mendapatkan anak kembar :
1. HAMIL PADA LEWAT USIA
Menurut kajian , wanita yang mengandung pada usia 40 tahun lebih susah untuk hamil tetapi sebenarnya jika mereka ini hamil , akan berkemungkinan untuk memiliki anak kembar . Malah ada satu kajian mengatakan bahawa semakin berusia seseorang itu , semakin besar kemungkinan untuk memiliki anak kembar .
2. MENGAMALKAN PENGAMBILAN ASID FOLIK
Wanita yang sedang merancang untuk hamil selalunya digalakkan untuk mengambil asid folik kerana ia dapat membantu menstabilkan hormon wanita di samping mencegah kecacatan bayi dalam kandungan .
Selain itu , laporan daripada New Scientist mengenalpasti bahawa asid folik mampu meningkatkan kebarangkalian untuk kehamilan kembar kerana ia menggalakkan ovulasi serta implantasi lebih daripada sebiji telur . Namun , tidak digalakkan untuk mengambil asdi folik secara berlebihan dan melebihi rekomendasi ubat-ubatan yang disarankan hanya 1000mg sehari .
3. SUMBER MAKANAN DARI FOLAT
Selain pengambilan asid folik , makanan semulajadi yang bersumber folat juga boleh diamalkan sebagai salah satu petua untuk mendapatkan anak kembar .
Antara makanan yang kaya dengan folat adalah makanan yang tinggi vitamin B9 seperti sayur bayam , kuning telur, brokoli , tomato , buah tembikai susu dan biji bunga matahari .
4. MENYUSU BADAN
Menyusu badan selama ini dianggap sebagai cara mencegah kehamilan yang semulajadi kerana kadar prolaktin yang tinggi .
Namun , setelah 6 bulan melahirkan , kitaran haid akan kembali normal dan menurut laman web kesihatan , inilah saat yang tepat untuk mendapatkan anak kembar .
Ini kerana, wanita yang terus menyusui bayinya lebih berpotensi untuk hamil anak kembar apabila berlakunya pelepasan beberapa telur ketika ovulasi .
Penelitian mendapati bahawa ibu menyusu memiliki peluang 9 kali ganda lebih besar untuk memiliki anak kembar .
5. PIL PERANCANG
Menggunakan pil perancang umumnya akan membantu mengatur kitaran haid wanita namun setelah anda berhenti mengambilnya , tubuh anda akan ‘keliru’ buat sementara waktu sebelum dapat menyesuaikan semula kepada keadaan asal tubuh.
Ada kalanya , proses peralihan ini akan menyebabkan bahagian tubuh anda tidak berfungsi seperti biasa. Dalam tempoh 1-2 bulan selepas berhenti memakan pil perancang , kebarangkalian untuk mendapat anak kembar adalah lebih tinggi kerana mungkin tubuh akan membebaskan 2 ovum berbanding biasa . Inilah waktu terbaik untuk mencuba mendapatkan anak kembar.
6. PRODUK TENUSU
Penelitian dalam The Journal of Reproductive Medicine menunjukkan bahawa pengambilan produk tenusu dapat meningkatkan kehamilan kembar kerana ia mungkin disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor yang terdapat dalam lembu dan salah satu hormon yang terkandung di dalamnya .
7. MEMAKAN UBI
Ubi mampu membantu meningkatkan kesuburan dan kehamilan kembar kerana ia diamalkan dalam diet oleh satu suku Afrika yang mempunyai kadar kehamilan kembar yang sangat tinggi hingga digelar ‘Land of Twins’.
Setelah dikaji , nutrisi dalam ubi-ubian dapat merangsang ovari untuk menghasilkan lebih daripada 1 sel telur semasa proses ovulasi .
GAYA HIDUP AKTIF
Berdasarkan kesemua petua diatas , ibu – ibu juga haruslah mengekalkan gaya hidup aktif melalui diet seimbang dan senaman kerana keadaan kesihatan yang baik akan dapat membantu melalui proses kehamilan yang lebih selamat dan kurang berisiko .
Namun diingatkan untuk bersederhana dalam mengamalkan apa saja suplemen atau pemakanan hanya kerana inginkan kehamilan kembar . Petua untuk mendapatkan anak kembar boleh diamalkan , tapi jangan terlalu obses sehingga ia mengganggu keseimbangan tubuh badan dan kesejahteraan hidup .