Cara mengesan jin dalam badan kita ok? Kadang-kadang jin boleh menumpang di dalam badan kita walaupun kita tidak disihir (boleh baca Cara Buang Sihir Dalam Badan).
Mungkin saja anda pernah mengalami perasaan yang ganjil, di mana tiba-tiba anda melihat bebayang orang di tengah malam atau suara ganjil memanggil kita saat sedang keseorangan.
Hal seperti bunyi-bunyi aneh dan seumpamanya, wujud kerana ada makhluk Allah yang lain di sekitar kita.
Sememangnya di dunia ini, kita hidup bersama dengan mahluk Allah yang lainnya namun “mereka” tidak dapat di lihat dengan mata kasar iaitu kelompok Jin.
Kadang-kala , “mereka” tinggal bersama di rumah kita tetapi ia tidak akan jadi masalah jika “mereka” tidak mengganggu kehidupan seharian kita.
Namun, adakalanya “mereka” berada di dalam tubuh kita dan sudah pastinya ini akan menyebabkan masalah pada kehidupan kita dan keluarga.
Jin yang menetap di dalam tubuh seseorang boleh menyebabkan masalah yang bakal menjadi serius seperti rasa sakit pada bahagian badan yang tidak dapat dikenalpasti secara fizikal yang mana orang sering diganggu jin akan sering mengalami mimpi buruk, mendengar bisikan yang menyuruh lakukan suatu hal yang tidak sepatutnya.
Kadang-kala menyebabkan diri sentiasa beremosi dan marah tak menentu serta merasa malas untuk melaksanakan ibadah seperti mengerjakan solat.
Cara-cara untuk mengesan kehadiran jin didalam tubuh:
Langkah 1
Mendengarkan RUQYAH iaitu surah Al Fatihah , surah Al Baqarah ayat 1-5 , serta surah Al Baqarah ayat 102 menggunakan headphone dengan volume sederhana.
Langkah 2
Pejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi janganlah turut dibaca bacaan ayat-ayat ini samaada dimulut mahupun dihati .
Langkah 3
Setelah selesai mendengarkannya kalau kita batuk, berpeluh, merasa meloya, jantung berdegup kencang, merasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak dibawah kulit, sendawa, mengantuk, pening serta menguap, jadi itu bermakna ada jin yang menghuni ditubuh anda.
Langkah Pencegahan
Cari ustaz atau tempat Ruqyah yang boleh membantu untuk membersihkan jin itu dari tubuh.
Seeloknya amalkan dengar Ruqyah selalu dan jaga solat serta tingkatkan keimanan serta ketakwaan pada Allah.
Jin tidak akan mampu berdiam-diri di dalam badan orang yang beriman serta bertawakkal kepada Allah seperti yang dijelaskan dalam surat An Nahl ayat 100.
Motif.My berpesan agar semua pembaca dapat menjaga solat dan tidak sama sekali mensyirikkan Allah secara sedar atau tidak sedar.