Cara menghilangkan jerawat dan cara menghilangkan parut jerawat ini diajar oleh Doktor Pakar Kulit. Cara yang digunakan ini adalah cara semulajadi dan alami.
Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor jika cara dibawah tidak berkesan. Cuba salah satu sahaja petua dibawah.
AWAS!!! Jangan menggunakan semua petua sekaligus meskipun anda tidak sabar untuk menghilangkan jerawat.
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga bertukar jadi serbuk. Selepas itu, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Kemudian tambah air dan tepekkan dekat wajah.
Biarkan 5 minit kemudian basuh dengan bersih.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.
Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita. Amalkan seminggu 2 3 kali sahaja.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi agak sukar sedikit sebab tidak mudah untuk mencari lidah buaya ini. Ambil daun lidah buaya dan belah daun dan ambil lendirnya.Kemudian sapukan lendir daun lidah buaya pada parut dan pada jerawat.
Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut dan jerawat akan hilang. Ini adalah cara mengilangkan jerawat yang berkesan.
3. Guna asam jawa
Gunakan segenggam asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Pastikan ia menjadi pekat. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang ada jerawat dan parut.
Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, parut akan nampak pudar dalam masa 2 3 minggu.
4. Guna madu
Mula-mula ambil sedikit madu asli. Kemudian campur madu tersebut dengan bedak sejuk. Tepekkan campuran madu dan bedak sejuk tersebut ke tempat yang ada jerawat dan parut jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. Guna timun
Blenderkan timun dan tapiskan airnya. Ambil hampas timun dan jadikan masker pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling bahan-bahan ini hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu selama 5 minit dan basuh hingga bersih.
7. Guna daun sirih muda
Ini adalah cara menghilangkan parut jerawat yang berkesan. Ambil dan tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Sesudah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 2 3 kali seminggu sahaja.