Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) RM450. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Ibu Bersalin
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).
Permohonan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang bakal bergelar ibu.
Anda boleh memohon bantuan ini setiap kali anda bersalin dengan syarat permohonan mesti dibuat sebelum usia bayi menjejak 3 bulan kelahiran.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bolhe buat permohonan BIB boleh dibuat secara manual atau online (online) seperti berikut:
- Online melalui pautan ini http://isarawakcare.sarawak.gov.my/mohon-sekarang atau
- Manual melalui Borang Permohonan
Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
- Boleh dimuat turun di pautan https://drive.google.com/file/d/1p32HKRZG08LWM2GtQ6XXm67Svm6_HOon/view atau
- Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Maklumat Lanjut

- Rasmi : Tarikh Pemberian Bantuan e-Dompet RM200 Bermula Jun 2023
- Cara Mohon Bantuan Tunai Budi RM2000 Bagi Golongan M40 & B40
- Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban : Cara Mohon & Semak Kelayakan
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021