Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak RM 1000 Disember Tahun 2021

Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

Skim Bantuan Kanak-Kanak

Tahukan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Mohon juga : Cara mohon bantuan RM 2000 Untuk Semua Keluarga B40 Tahun 2022

 

 

Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2021

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021 :-

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

3. Pastikan bawa bersama borang berikut:

  • Borang permohonan bantuan – KLIK SINI
  • Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu – KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Mohon juga : Permohonan bantuan rm 400 untuk rakyat yang terjejas pendapatan

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×