Cara Mudah Memohon Skim Rumah Mesra Rakyat Serendah Rm 300 Sebulan Tahun 2021

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadanan (MOF Inc) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara untuk memohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negeri Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Projek RMR dilaksanakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaanya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat :
1) Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

-Harga : RM75,000

-Subsidi pembinaan : RM20,000

-Jumlah Pinjaman : RM55,000

-Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300

 

2) Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

-Harga : RM85,000

-Subsidi Pembinaan : RM20,000

-Jumlah Pinjaman : RM65,000

-Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM350


3) Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

-Harga : RM75,000 – RM106,000

-Subsidi pembinaan : RM20,000

-Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,000

-Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300 – RM470

 

Syarat Kelayakan Permohonan

-Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

-Warganegara Malaysia

-Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas

-Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

-Pemohon atau pasanagan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna

-Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik

-Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan :

1) Secara Online

-Layari laman web SPNB di pautan https://rmr.spnbonline.com.my/

-Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap

-Kemudian, ID Login dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftar

-Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang diberikan

-Lengkapkan borang yang dikehendaki

-Setelah isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan
2) Secara Manual

Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepasa permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR :

-Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)

-Salinan kad pengenalan tuan tanah

-Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)

-Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.

-Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*

-Surat akuan sumpah / surah pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*

-Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah

-Salinan sijil nikah pemohon

-Borang laporan tapak bergambar
NOTA :

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / PEgawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas pemohon akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk :

-Mengisi dan melengkapkan borang permohonan

-Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi

-Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik

-Membuat penyambungan bekalan utaman ke bangunan

-Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi :

 
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
>Telefon : 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel : [email protected]
SENARAI CAWANGAN
 
Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon : 04-4500375 / 04-4500376
Faks : 04-4500379
Emel : [email protected]
Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: [email protected]
 
Cawangan Negeri Sembilan<
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507
Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: [email protected]

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]
 
Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]
Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]
Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]
Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]
Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih