Cara Mudah Untuk Tidurkan Bayi Kecil

Cara Mudah Untuk Tidurkan Bayi Kecil, ok?

Antara perkara yang sering orang berkata kepada ibu yang sedang hamil ialah nikmati masa tidur malam tanpa gangguan sebelum kehadiran si kecil anda.

Dan satu lagi nasihat ketika pantang adalah, tidur bila bayi anda sedang tidur. Dan jika kini anda sudah menjadi seorang ibu, anda tentu sudah memahami mengapa nasihat-nasihat ini diberi.

Mesti anda pernah terfikir, kenapalah susah sangat nak tidurkan bayi yang baru lahir kan?

Usah bimbang, motif.my telah menggabungkan tips yang berguna dari beberapa ibu berkenaan bagaimana mereka berjaya menidurkan bayi baru lahir mereka.

1. Bedung


Foto dari Field of Dreams

Sesetengah bayi  sangat suka dibedung kerana mereka rasa seolah dipeluk.

Malah mereka rasa cukup selesa dan hangat dari kain bedung. Jika takut bedung itu terbuka, terdapat pelbagai bedung moden yang menggunakan zip atau pelekat velkro.

2. Muzik

Lagu mendayu atau lagu yang rancak? Setiap bayi ada kesukaan mereka yang tersendiri.

Cuba pasangkan lagu (jangan terlalu kuat) dekat dengan bayi anda pada waktu tidur dan lihat apa respon mereka, jangan terkejut jika ada yang tidur!

3. Tepukan

Ini antara petua yang sering diamalkan, bukan? Tapi jika anda perasan, sesetengah bayi akan memberi refleks seakan terkejut jika mereka ditepuk.

Mereka mungkin tidak suka ditepuk, tetapi bagi sesetengah bayi, mereka tidak mampu menahan diri daripada tertidur jika ditepuk.

4. Puting

Suka ataupun tidak, sesetengah bayi memang akan tidur lebih nyenyak apabila adanya puting bersamanya.

Jadi anda boleh memilih puting khas yang boleh mengelak dari kekeliruan puting ibunya bagi bayi yang menyusu badan.

5. Alas tempat tidur

Ada sesetengah ibu yang menggunakan kulit kambing biri-biri sebagai tempat alas tidur bayinya. Terbukti, bayinya tidur dengan lebih nyenyak dan selesa dengan adanya alas tersebut.

6. Menyanyi dan bercakap

9 bulan bayi sudah berada dalam perut anda, mereka sudah pasti selesa mendengar suara ibu mereka.

Jadi suara anda mampu menenangkan mereka untuk tidur dengan lebih lena.

7. Haba

Salah seorang ibu telah berkongsi tip memanaskan tilam sebelum meletakkan bayi anda untuk tidur.

Haba membuatkan mereka rasa lebih selesa untuk tidur dengan nyenyak. Lebih-lebih lagi pada waktu malam yang sejuk.

8. Gendong


Foto dari flickr

Apabila menggendong, mereka akan jadi lebih dekat dengan kita hingga mampu mendengar bunyi degupan jantung kita.

Dan bunyi itulah yang mereka dengar selama berada di dalam rahim ibu mereka. Oleh itu, menggendong merupakan antara cara yang paling mudah dan terbaik untuk menidurkan bayi anda.

9. Memandu

Gegaran dan ayunan semasa kereta bergerak boleh membuatkan bayi anda tertidur. Malahan, ramai ibu bapa menggunakan cara ini untuk menidurkan anak mereka.

Beberapa minit sebelum waktu anak anda tidur, pandu kereta di sekeliling kejiranan dan bayi anda tidur.

10. ‘White Noise’

Ianya boleh jadi bunyi vakum, mesin basuh atau pengisar makanan.

Bagi sesetengah bayi, bunyian ‘white noise‘ ini sangat menenangkan dan membuatkan mereka tertidur. Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun oleh ibu bapa bagi memperdengarkan ‘white noise’ ini kepada bayi.

Pilihan ‘white noise’ ini sangat banyak, dan sesetengah darinya mungkin anda tidak pernah terlintas di fikiran dimana ianya boleh menidurkan bayi anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Metro

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.