• Petua
  • Resepi
  • Ibadah
  • Keluarga
  • Portal
Portal Bantuan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Portal Bantuan
No Result
View All Result

Cara Solat Dhuha Yang Mudah dan Betul

Razman Reza by Razman Reza
February 1, 2019
in Ibadah
0
Cara Solat Dhuha Yang Mudah dan Betul

Cara Solat Dhuha Yang Mudah dan Betul, ok?

Cara solat dhuha sebenarnya sama seperti solat sunat yang lain pada umumnya. Perbezaan cara solat dhuha dari solat sunat adalah terletak pada bacaan niat, doa, dan waktunya.

Solat dhuha merupakan amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, motif.my akan berkongsi dengan anda cara solat dhuha yang mudah, ringkas dan betul.

CARA SOLAT DHUHA

Untuk pengetahuan anda semua, sumber asal artikel ini adalah dari terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini hanya sebahagian dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat.
Solat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum masuknya waktu Zuhur).

Anjuran Rasulullah kepada amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada di dalam) Solat Dhuha, maka terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

1. Lafaz Niat Solat Dhuha;

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dikerjakan dengan dua (2) rakaat sahaja ataupun boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca apa-apa surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua digalakkan untuk membaca surah ad-Dhuha

2. Doa selesai solat Dhuha;

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatanMu, (Apa juga) qudrat adalah qudratanMU, dan (segala) perlindungan itu adalah (yang datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di bumi keluarkanlah, Jika ia sukar (Kau) permudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Sila kongsi artikel ini jika anda rasa ianya boleh memberi manfaat kepada anda dan juga pada yang lain, jom kongsi pahala sama-sama!

No Result
View All Result

Pages

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×