Cara solat taubat, ok?
Manusia tak pernah lari kesilapan, ada kalanya iman kita naik, adakalnya iman kita turun.
Namun itu tidak menghalang kita untuk kita kembali kepada yang esa untuk memohon keampunan daripadaNYA. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dosa-dosa hambaNYA yang kerdil ini.
motif.my mengharapkan perkongsian kami kali dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.
Solat Sunat Taubat
Solat sunat Taubat bererti solat yang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT. Solat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat. Asas kepada solat ini adalah:
- Menyesal terhadap segala perbuatan dosa yang pernah kita dilakukan.
- Menyucikan diri daripada segala perbuatan dosa terdahulu dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta keampunan di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, pergi memohon maaf pada manusia yang pernah kita lakukan dosa terhadapnya yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah ditinggalkan seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar apa yang termampu.
- Berazam dengan bersungguh sungguh untuk tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Mengerjakannya Solat Taubat
Lafaz Niat:
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan pada rakaat pertama hendaklah dibaca surah al- Fatihah dan kemudiannya bacalah surah al-Kafirun.
Pada rakaat yang kedua pula hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan seterusnya surah al-Ikhlas.
Kemudian, selepas salam, boleh lah kita baca wirid dan istighfar ini:
dan akhirnya bacalah doa yang biasa kita baca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah yang Maha penyayang dan lagi Maha pengampun.
Doa taubat juga boleh dibaca secara bejemaah seperti yang berikut:
Maksudnya: “Aku minta keampunan daripada Allah.” (3X)
Maksudnya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kepada-Nya kami kembali.”
Maksudnya: “Kami menyesal atas segala yang telah kami lakukan.”
Maksudnya: “Dan kami berazam untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.”
Maksudnya: “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.”
Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”
Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.”
Maksudnya: “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”
Maksudnya: “Dan islam adalah sebagai agama kami.”
Maksudnya: “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”
Maksudnya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”
Maksudnya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”
Akhir sekali, semoga artikel artiket tentang solat sunat taubat ini dapat membantu kita mendekatkan diri kita kepada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam rahmah dan lindungan Allah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.
Sumber daripada: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)