Cara Tanam Kunyit, 2 Minggu Sahaja Dah Boleh Diguna, Ikut Panduan Mudah Ini

Orang dulu telah menggunakan kunyit untuk kesihatan, kecantikan, ataupun dijadikan sebagai dalam masakan. Biasanya, kunyit juga dapat dijadikan minuman seperti jamu kunyit asam yang dikenali memiliki banyak sekali manfaat kesehatan bagi tubuh kita.

Serbuk Kunyit dan Daun Kunyit sangat banyak digunakan untuk masakan..Bahan ini memberi aroma dan warna pada masakan. Bahan ini sering menjadi bahan utama masakan . Xde daun kunyit xjadi ler gulai dan rendang kite. Daripada kita terus menerus membeli di kedai, apa kata kita cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Kan lebih jimat! Disamping itu, dapat juga keluar berkebun dan sihatkan tubuh badan malah daun akan lebih segar , mudah , petik je dah bole masak.

Dalam perkongsian dari Shariful Fadzli ini, beliau ada menunjukkan cara mudah untuk membiak kunyit. Lebih menarik, kunyit boleh digunakan seawal 2 minggu selepas ditanam! Jom lihat bagaimana.

Hanya 2 Minggu Dah Dapat Hasilnya

Dalam 2 minggu lebih, inilah hasilnya.
Jom cikgu Sho ajar macam mana nak tanam kunyit. Tengok gambar seterusnya.


Kepada Orang perempuan, boleh mintak tolong suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit di belakang di depan, tepi atau belakang rumah .Boleh ditanam dalam pasu atau atas tanam sahaja. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam tanam pokokĀ  durian.Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah! Orang kata, bole tanam kenapa nak beli?

LANGKAH 1 :

Sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna serbuk kunyit Adabi ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.

Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam.
Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying pula!


LANGKAH 2 : Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.

LANGKAH 3 : Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu.
Kesian dia nampak macam sunyi kan? Nasib baik beli kunyit 2 ketul. Boleh lah buat teman.

LANGKAH 4 :Pastu korang masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti. Hehe.

LANGKAH 5 : Kambus. Tanam. ? Lepas tu jurus air tau.

Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu sebab baja tu akan mengganggu pH tanah. Tanah akan rosak nanti.
Baja apa nak guna,paling jimat baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.Kena jaga betul betul. Siput babi suka makan daun kunyit ni . Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho , terlubang daun tu..

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih