Cara Tebus & Tarikh Bayaran Bantuan Kredit Percuma RM100. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Kredit Percuma RM100
Kepada mereka yang terlepas, pada persidangan pelancaran ekonomi madani baru-baru ini. Perdana menteri telah memperkenalkan insentif khas berupa bantuan ewallet yang akan diberikan secara percuma pada penghujung tahun ini.
Seperti sedia maklum, sebelum ini pada bulan jun kerajaan melancarkan bantuan ewallet yang dikenali sebagai ebelia rahmah. Menerusi program itu, insentif tunai bernilai rm200 diberikan secara percuma kepada kumpulan belia pelajar.
Berdasarkan kebimbangan kerajaan, ia bersetuju memberikan insentif kredit tunai kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Kadar pemberian kredit percuma telah ditetapkan pada rm100 seorang.
Jangan keliru, kredit e-tunai sebelum ini bernilai RM200 ditawarkan kepada golongan mahasiswa menerusi e-belia rahmah. Inisiatif e-tunai RM100 ini ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun.
Kelayakan Kredi Percuma RM100
Dibawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kredit percuma RM100 seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan dewasa (21 tahun keatas)
- Pendapatan RM100,000 ke bawah (Setahun)
- Kategori B40 & M40
Tarikh Penebusan Bantuan Kredit Percuma RM100
TERKINI : Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.
Cara Tebus
Untuk menyertai program ini dan mendapat kredit ecash percuma rm100, setiap individu hanya perlu membuat tuntutan melalui aplikasi edompet pilihan mereka. Program bantuan khas ini akan dilancarkan pada masa yang sama dengan ebeliarahmah 2023.
Di mana pemohon hanya perlu menebus kredit rm100 melalui aplikasi e-wallet seperti touch n go ewallet, grabpay, setel dan sebagainya. Segala maklumat terkini berkaitan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Kalander Tahunan 2024 : Tarikh Cuti Panjang Dari Bulan 11 2023 Hingga Hujung Tahun 2024
- STR Fasa 4 : Status Semakan Rayuan & Pembayaran
- Bayaran Akhir STR Fasa 4 Sudah Dikreditkan Kedalam Akaun BSN, Maybank, Cimb..
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021