Cara Terminate Astro Melalui Panggilan Telefon Customer Service

Ramai yang bertanya macam mana nak terminate Astro?

Jom kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana dengan hanya menelefon Customer Service anda boleh potong Astro dengan mudah.

Namun sebelum batalkan langganan pastikan tiada bil yang tertunggak.

Dan seeloknya anda terminate Astro 10 hari sebelum tarikh bil anda.

Contohnya jika bil anda setiap 28hb, anda boleh mohon untuk menamatkan langganan pada 18hb.

CARA TERMINATE ASTRO

Terdapat pelbagai cara untuk anda mohon batalkan langganan Astro anda, namun paling mudah adalah melalui panggilan telefon Customer Service.

Caranya:

Cara terminate Astro yang pertama adalah anda perlu membuat panggilan ke talian Astro Customer Service Centre

Dail nombor 03-9543-3838.

Setelah anda dial nombor tersebut anda perlu meminta untuk bercakap dengan operator.

Setelah anda disambungkan kepada operator yang bertugas anda perlu memohan untuk menyemak baki akaun Astro anda.

Kemudian anda perlu mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Seterusnya dapatkan maklumat tentang tarikh bil Astro anda yang seterusnya.

Maklumat yang terakhir yang perlu anda dapatkan adalah tentang hubungan anda bersama Astro iaitu adakah anda masih dalam kontrak bersama Astro ataupun tidak.

Selepas mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan anda perlu jelaskan terlebih dahulu baki tersebut.

Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminateAstro anda.

Cara terminate Astro yang seterusnya adalah operator akan bertanya tentang sebab anda ingin terminate Astro dan anda perlu menjelaskan sebab anda kepada operator tersebut.

Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan.

Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.

Semasa proses penamatan Astro pastikan anda tidak purchase sebarang channel Astro seperti Astro Best dan Astro First kerana itu akan membatalkan proses terminate Astro anda.

Selesai sudah proses terminate Astro anda.

Kalau cara diatas merumitkan, anda terpaksalah ke service centre berhampiran untuk hentikan langganan.

Info lanjut rujuk potal rasmi Astro di https://www.astro.com.my

×
Scroll to Top